Thursday, November 24, 2011

Dinner Dress








Baju Nikah 11/11/11





Baju akad nikah Azie dan Tajul 11/11/11

Persalinan akad nikah.

Fesyen-  Ketahui bentuk badan anda terlebih dahulu.Pilih fesyen yg sesuai dengan bentuk badan. Jangan segan utk mintak pendapat org lain terutamanya pada bakal suami . Pastikan dimana akan diadakan majlis akad nikah dan fesyen baju anda hendaklah mengikut tatatertib yg di tetapkan cth- jika nikah di masjid pakaian hendaklah sopan dan menutup aurat.
Material (kain)- Pemilihan warna hendaklah sesuai dengan kulit anda dan juga bakal suami. Tetapi lazimnya warna putih menjadi pilihan. Lebihkan memilih warna-warna pastel dan lembut. Tetapkan jenis kain anda samaada lace ,sifon atau organza. Sedikit tips jika anda bertubuh gempal elakkan kain yg keras seperti organza atau embroidery lace, sifon atau french lace lebih sesuai.
Tempahan- Memilih tukang jahit adalah aspek penting , kerana tukang jahit  yang akan menentukan secara keseluruhan hasil baju anda nanti. Tempah di tukang jahit yang anda biasa. Atau jika ada kenalan yang 'introduce' anda pada tukang jahit itu, sebaiknya anda menempah baju kurung moden terlebih dahulu sebelum memberi kain baju pengantin anda yang sebenar. Ini bertujuan untuk melihat hasil jahitan dan 'test cutting' daripadanya. Beri tahu dengan jelas tentang fesyen yang dikehendaki, seeloknya tunjukkan gambar dan contoh. Elakkan dari memberi lukisan , dikhuatiri pemahaman anda dan tukang jahit nanti berbeza.
Percubaan'Fitting'- Jangan sesekali memandang remeh pada perkara ini. Hasil baju anda yang telah siap dijahit perlu menjalani proses 'fitting' untuk menambah atau membetulkan apa yang perlu. Bawa seorang dua rakan anda untuk mendapatkan pandangan, tetapi jangan terlalu ramai jika tidak keliru jadinya.Akhir sekali 'full dress rehearsal' dilakukan seawal dua minggu sebelum majlis dan tidak kurang dari seminggu sebelum majlis.Tentukan veil@selendang ,accessories ,kasut dan pastikan semuanya lengkap dan teratur.

P/S= Ini berdasarkan pengalaman sendiri dan risikan dari kenalan rapat. Yang baik dijadikan panduan yang salah harap dimaafkan .Terima Kasih.

Wednesday, December 22, 2010

My Tag

Recent Work

Baju yang baru siap di jahit.
Baju Kurung Moden

Baju Kurung Budak

Kain Potong serong

Kebaya Moden

Saturday, December 11, 2010

Contoh blouse kimono




upah bergantung pada fesyen dan jenis kain

Baju Bersanding Ala Garden wedding Dec 2010






upah tempahan RM 500 - RM600 mengikut jahitan manik yg di perlukan